Beberapa hari ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan‘hitam’.Sebelum ini kisah Anwar mengambil ‘cocktail drugs’ yang dikatakan mampu melambatkan kesan HIV pernah didedahkan oleh beberapa blog.Ubat tersebut dikatakan berharga sehingga ribuan ringgit sebiji dan perlu dimakan setiap hari bagi memastikan tubuh tidak terkesan dengan kuman HIV.Namun,kisah tersebut tidak begitu diperbesarkan memandangkan tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti.Ini kerana,tidak seperti Anwar yang gemar menuduh tanpa bukti,pihak BN lebih mengambil berat soal ‘bukti’dalam memperkatakan keburukan pembangkang. Justeru,kisah Anwar dijangkiti HIV ini menjadi hambar dan tawar.Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya,jika tidak sakit,kenapa wajah Anwar nampak begitu ‘terganggu’? Kenapa tiada cahaya diwajahnya seperti wajah Datuk Seri Najib mahupun Tun Mahathir yang jauh lebih tua lagi? Jelas,di wajah Anwar terpacar jiwa yang kacau,minda yang bercelaru serta tubuh yang lesu.Seolah-olah sesuatu sedang memakan tubuhnya dari dalam,sehingga tiada lagi rasa bersalah,rendah diri atau kejujuran.Yang tinggal di wajah Anwar hanyalah kerakusan dek cita-cita yang tidak pernah padam.Renungan matanya dalam dan kelam,tanpa sedikit pun ketenangan.Anwar seolah-olah sedang menjadi mayat hidup,mereput dan membusuk dari dalam secara perlahan-lahan.Kita tahu bahawa Anwar takutkan tiga perkara di dalam dunia ini iaitu :i.rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlanii.isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu,Sabah iii.pendedahan Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau yang bakal‘menelanjangkan’ Shamsidar Ketakutan ini pasti mengganggu tidur Anwar.Jika ini benar,maka isu pencerobohan Lahad Datu pastilah yang paling ditakutinya kerana ia bukan lagi isu peribadi,tetapi isu yang melibatkan dua negara.Pengkhianatan kepada negara sudah cukup besar untuk mengganggu jiwa Anwar.Tetapi apa yang lebih dahsyat dari itu ialah ia melibatkan nyawa manusia.Bukan sahaja nyawa manusia yang tidak bersalah, tetapi juga manusia yang bermain dengan ilmu hitam.Jika benar beliau merupakan dalang pencerobohan tersebut,kedua-dua pihak merupakan mangsa kerakusan Anwar untuk berkuasa.Bayangkanlah,betapa beratnya tanggungan jiwa Anwar ketika ini.Walau bagaimanapun,tidak mustahil Anwar langsung tidak merasa terganggu dengan segala bebanan itu.Tidak mustahil Anwar adalah jenis manusia ‘sociopath’ yang tidak tahu merasa bersalah.Tidak mustahil wajah cengkung Anwar itu tidak berkait dengan apa-apa selain keletihan yang teramat sangat kerana tenggelam dalam penipuannya sendiri.Namun,tidak kira apapun penyebab wajah cengkung Anwar,ramai yang bersetuju bahawa manusia dengan jiwa yang murni tidak mungkin akan memperlihatkan wajah yang sebegitu terganggu.Justeru,hanya satu saja jawapan yang pasti mengenai teka-teki wajah Anwar iaitu,beliau bukanlah pejuang di jalan yang benar.
Mu Ingat Ke Dok...?
Saturday, 8 June 2013
Friday, 7 June 2013
Kalau Polis Diraja Malaysia Mogok
Sebagai rakyat prihatin yang cintakan keamanan, apa kata kita ramai-ramai hasut semua polis biar mereka jalankan mogok sehari ataupun 24 jam. Jangan pergi kerja. Sama seperti mogok pemandu teksi, mogok pekerja kilang, mogok pekerja airport, mogok pekerja bank, kita tengok apa akan jadi pada negara ni. Cubalah sekali, kalau tak cuba mana nak tahu. Kita tetapkan satu hari, semua polis yang ada lebih kurang 100, 000 personel, sorang pun jangan keluar rumah, sorang pun jangan keluar kerja ke balai, IPD, IPK ataupun mana-mana juga formasi penempatan mereka bertugas. Cuba sekali tengok apa jadi...
Tidak dapat dibayangkan dengan akal yang waras ini. Kejadian rogol dalam kelas sekolah rendah, perompak angkut duit bank gunakan bulldozer, penyamun shopping di Pavillion gunakan lori sampah, mayat mangsa rogol bunuh berselerak dalam sekolah, dalam masjid, dalam ibu pejabat PKR Tropikana, di kolej MAHSA, pelatih jururawat Masterskills jadi hamba seks, pekerja urut kerat kemaluan pelanggan dan bermacam-macam lagi contoh kejadian yang tidak masuk akal akan berlaku. Na'uzubillah...
Ustaz paling sedih dengar polis kena hina, dicaci malah dituduh membunuh. Sedangkan dengar ceritanya, sebelum kena tangkap polis pun penjenayah tu dah ditangkap beramai-ramai oleh orang kampung, kena belasah beramai-ramai bergotong-royong dengan orang kampung. Bila sampai ke tangan polis, penjenayah dah lembik, polis sergah sikit, jentik telinga pun jatuh terkulai terus mati. Akibatnya polis pulak dituduh membunuh. Memang tidak adil sama sekali. Polis nak pastikan kejadian jenayah terbendung, namun pencacai pembangkang sudah pusing ke lain. Tugas menjaga keamanan jadi bukan keutamaan sepertimana pentingnya mempertahankan penjenayah. Apa nak jadi ni...
Sebab polis itu taat setianya kepada negara tidak berbelah bahagi, semangatnya tinggi, makanya mereka tidak sesekali akan berdemonstrasi mempertahankan hak mereka sendiri. Mereka berjiwa kental, patriotik dan tidak takut mati. Polis sanggup makan peluru untuk selamatkan orang ramai. Mereka sudah dilatih begitu.
Rakyat perlu bangkit pertahankan institusi kepolisan. Mereka perlukan sokongan anda sekarang kerana dijadikan mangsa kerakusan politik jahat pembangkang. Utamakan hak polis bukannya pertahankan penjenayah. Jangan termakan hasutan dan polis dimangsakan. Hargailah perit lelah mereka menjaga keamanan.
KAMI SOKONG POLIS!!!
TERUSKAN TUGAS ANDA DEMI NEGARA TERCINTA..
Thursday, 6 June 2013
Lawak Terbaru Ustaz Azhar Idrus
Apakah persepsi kita setelah melihat posing terbaru Ustaz Azhar Idrus ini?
Apakah niat beliau? Tiada lain untuk menggeletek peminatnya.
Tahukah kita Rasulullah pernah bersabda mengenai perlakuan jelik Ustaz Azhar Idrus ini?
Antaranya hadis:
Maksudnya: "Janganlah kamu membanyakkan ketawa kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati
Rasulullah saw juga bersabda "Maksudnya:
"Kecelakaan bagi orang yang mencipta percakapan untuk menjadikan mamusia ketawa sedangkan dia berdusta. Celakalah dia, celakalah dia.
"Dalam satu hadis yang menyebut sifat Rasulullah (s.a.w):
Maksudnya:"Rasulullah (s.a.w) sentiasa berdukacita. "Firman Allah melalui lisan kaum Qarun:Maksudnya."Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). " Al-Qasas: 76
Marilah kita bermuhasabah bersama. Adakah beliau ini patut menjadi idola kita?
Tuesday, 4 June 2013
Luahan Hati Polis
Makin lama makin ramai suspek atau pesalah yang ditahan dalam lokap meninggal dunia sama ada kerana mati mengejut ataupun akibat dipukul oleh pihak polis sewaktu menjalankan siasatan. Saya akur memang pesalah yang ditahan oleh pihak polis dan mereka mempunyai hak untuk menyoal siasat bagi mendapatkan maklumat. Saya juga tahu ke tahap mana mereka akan pergi jika ingin mendapatkan maklumat penting daripada seseorang penjenayah tetapi memukul sehingga tenat adalah kaedah tidak sesuai dan patut diabaikan oleh pihak polis.
Saya faham perasaan pegawai polis yang muak untuk tengok penjenayah kesalahan berat yang sama, selalu keluar masuk balai kawasan mereka. Siapakah kebanyakan si mati ini? Pembunuh, perogol, peragut penghisap dan pengedar dadah. Kebanyakan masyarakat India sememangnya mahu golongan ini untuk terus ghaib dari muka bumi. Tak percaya, pergi tanya dengan sesiapa sahaja rakyat biasa, apa pendapat mereka tentang penjenayah semua ini? Rata-rata akan menjawab lebih baik mereka mati ditangan polis daripada membunuh sebilangan besar masyarakat yang lain. Kehilangan satu nyawa jahat adalah lebih baik daripada mengorban berpuluhan yang lain. Ada yang akan marah dengan penulis selepas membaca artikel ini tetapi sedarkah anda bahawa isu kematian dalam lokap ini diapi-apikan oleh pihak pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat demi kepentingan politik mereka?
Saya ingin bertanya kepada semua, pernah anda terdengar nama V. Divendran yang berumur 25 tahun? Dia adalah seorang pegawai polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dibunuh kerana DENDAM. Siapa yang bunuh? Seorang lain berbangsa India yang bernama KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY.
KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY, pembunuh V. Divendran.
Adakah sesiapa daripada pembangkang atau masyarakat India sanggup turun ke jalan berdemo untuk mendapatkan keadilan kepada mendiang pegawai polis India muda itu? Tidak. Bahkan semua lupa dan ada yang tidak mahu mengambil tahu akan apa yang berlaku kepada pegawai polis dan keluarganya!
Yang anda tahu ialah menyalah dan mendapatkan publisiti kepada pembangkang dimana mereka tahu isu kematian dalam lokap boleh menaikkan lagi kemarahan masyarakat India supaya membenci polis dan lambat laun pembangkang akan mengaitkan Kerajaan Barisan Nasional.
Contoh publisiti yang dicari oleh pembangkang dalam kematian Kugen.
Bagi mereka yang separa tahu isu dan aktif dalam media sosial, akan terus berfikir secara emotional daripada rasional akan terus membedil pihak Polis dan Barisan Nasional sampai mereka akan gambarkan seolah-olah Barisan Nasional yang mengarahkan penjenayah itu untuk dipukul sehingga mati.
Saya nak tanya sedikit kepada semua. Apakah jawapan anda kepada keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi?
Apa jawapan anda kepada tangisan bapa yang kehilangan anaknya disebabkan seorang penjenayah?
Mayat Pengawai Polis Divendran yang mati dibunuh oleh Karu.
Keluarga mangsa yang menangis di tengah jalan. Apakah perasaan anda jika anda di tempat mereka?
Jadi janganlah terlalu taksub menyokong kematian penjenayah kerana kematian mereka adalah kecil berbanding kadar jenayah dan pembunuhan yang mereka lakukan. Tetapi saya tahu ini tidak akan menjustifikasikan keadaan sebenar dan saya akui pihak polis tidak seharusnya mengambil undang – undang ditangan mereka sendiri. Kadang-kala jika darah daging kita sendiri dibunuh oleh salah seorang penjenayah, dan lambat laun kita mendapat tahu bahawa dia telah mati dipukul pihak polis atau mati dalam lokap, Apakah perasaan kita pada ketika itu? Adakah kita akan bergembira kerana keadilan terjawab akhirnya atau sedih kerana dia mati dalam lokap? Fikirkan.
Friday, 31 May 2013
NURUL dijamu dengan KFC semasa di tahan oleh imegresen
Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan terbang KK jam 1630 tadi dia tidak di benarkan masuk (Not To Landed ) dan di arahkan pulang semula ke KL jam 2010. Tindakan pihak berkuasa mghalang dia masuk ke Sabah krn tdak mahu mrk membuat huru hara sesukahati seolah2 negara ini tiada undang2..Sepatutnya bila pilihanraya dah habis terima sajalah keputusan rakyat dan tdk perlu utk berkempen atau mbuat phimpunan yg myusahkan rakyat lagi.. tgu saje PRU 14 nanti.
Pemimpin2 PR memang penipu besar..!!! NURUL mdakwa dlm FB semasa di tahan oleh pihak imegresen dia tdk di beri makan minum.Apa yg sebenarnya beliau di beri mknan dan minuman KFC sprt dlm gambar ini... org kata kalau berbohong sekali buleh...ttp kalau byk kali bohong akan tertangkap akhirnya..
Thursday, 30 May 2013
Ustaz Azhar Idrus : Bila Nak Jawab Soalan Kami?
Diatas merupakan Soalan kepada 'Ustaz' Azhar Idrus yang masih belum terjawab.
Ramai yang bertungkus lumus menjawab persoalan yang dibangkitkan. Antaranya seperti yang dibawah ini, yang mengaku kononnya diri beliau merupakan sepupu kepada pengantin perempuan berkenaan.
Namun disini menariknya, kesemua soalan berkenaan tidak dijawab berdasarkan dalil yang sempurna, sebaliknya hanya alasan bagi membenarkan perbuatan mereka.
Melihat soalan daripada yang bertanya dan jawapan dari sepupu pengantin perempuan berkenaan, ada keserabutan jawapan yang diberikan oleh sepupu pengantin perempuan berkenaan.
Kesimpulannya, jawapan secara ilmiah GAGAL diberikan!
Baca Selanjutnya disini
Tuesday, 28 May 2013
Tian Chua Dan 3 Yang Lain Sah dituduh di bawan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
Pada 29/5/13 brtempat di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Aras 4, Mahk Jalan Duta, OKt :-
1) Tian Chua - AP Batu,
2) Harris Fatillah bin Mohd Ibrahim - Aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU)
3) Dato Mohd Tamrin bin Abd Ghafar
4) Safwan Anang - Aktivis
OKT akan dituduh di bawan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Crowd setakat ini lk 60 orang terdiri drpd ahli keluarga OKT, penyokong, peguam & wartawan tempatan. Dikenali hadir
1) Dato Dr Tan Kee Kwong - AP Wangsa Maju,
2) Nurul Izzah - AP Lembah Pantai,
3) N. Surindren - AP Padang Serai / peguan,
4) Badrul Hisyam Shaharin @ Chegubard - Presiden SAMM, 5) Adam Adli - Aktivis Mahasuswa
6) Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
7) Gobind Singh Deo - AP Puchong
8) Rozan Azen - Setiausaha Politik Tian Chua
9) Mazlan Aliman - Presiden ANAK.
Jam 1010 - pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsharidah binti Awang.
Jam 1025, hakim tetapkan bicara pada 2 JUL 13 jam 0900.

